SMS Broadcasting
Made Simple.
Hantar satu-satu, pukal dari Excel, atau jadualkan untuk esok. Bayar ikut guna. SMS yang gagal, kredit dipulangkan automatik.
Semua Yang Anda perlukan.
Hantar satu-satu, pukal dari Excel, terjadual atau melalui API. Kredit tak luput, dan SMS yang gagal dipulangkan secara automatik.
Hantar Dengan Cara Anda
Taip satu nombor, tampal senarai nombor, pilih kumpulan kenalan atau muat naik fail CSV/Excel. Setiap lajur tambahan jadi pemboleh ubah seperti {{name}}, jadi setiap pelanggan terima nama, jumlah dan tarikh mereka sendiri. Hantar sekarang, atau jadualkan sehingga 30 hari ke hadapan.
Failover Provider Automatik
Mesej anda dihantar melalui lebih daripada satu provider SMS. Jika satu gagal, provider seterusnya dicuba secara automatik dalam penghantaran yang sama.
Jenama Anda Sebagai Sender ID
Hantar dengan nama perniagaan anda, contohnya KEDAIKU atau KLINIKSIHAT, bukan nombor rawak. Maksimum 11 huruf dan nombor, disemak oleh team kami.
REST API & Webhook
13 endpoint untuk hantar satu SMS atau sehingga 1,000 setiap request, semak status, baca sejarah dan baki, dan urus kenalan. Webhook bertandatangan melaporkan mesej yang dihantar, gagal, ditahan dan ditolak, dan setiap panggilan API direkod.
Bayar Hanya Untuk Yang Berjaya
RM 1 = 1,000 kredit, dan kredit tak luput. Kos setiap penerima dipaparkan sambil anda menaip. SMS yang gagal dipulangkan automatik, dan mesej yang disekat oleh polisi kandungan tidak dicaj langsung.
Semua SMS, Satu Skrin
Status, sebab gagal, bilangan bahagian dan kredit setiap mesej, serta sumbernya: panel, API atau terjadual. Cuba semula SMS yang gagal dengan satu klik, dan terima emel ringkasan bila batch pukal selesai.
Semakan MCMC Masa Menaip
Telco Malaysia menyekat SMS yang mengandungi link, nombor telefon, nombor IC, akaun bank atau emel. SMSHandy beri amaran dalam editor sebelum anda hantar, bukan selepas mesej hilang.
Mudah. Cepat. 4 langkah..
Dari pendaftaran hingga penghantaran SMS pertama anda, semuanya boleh dilakukan dalam beberapa minit.
Daftar Percuma
Nama syarikat, emel, siap. Tiada kad kredit diperlukan.
Topup Kredit
Bayar melalui FPX atau pindahan bank dari panel. Kredit tak luput.
Daftar Sender ID
Pilihan. Nama jenama anda pada telefon pelanggan, disemak oleh team kami.
Mula Hantar
Dari panel atau API. Semak status setiap mesej dalam sejarah SMS anda.
Pelan & harga.
Lagi tinggi plan, lagi murah setiap SMS. Mula percuma, topup bila perlu. Kredit tak luput.
Free
/freeUntuk mencuba platform
- 1 Sender ID
- Kenalan tanpa had
- 3 kumpulan kenalan
- SMS satu-satu (seorang penerima setiap kali)
Starter
/starterUntuk bisnes kecil & startup
- 5 Sender ID
- Kenalan tanpa had
- 10 kumpulan kenalan
- 20 template mesej
- SMS satu-satu & pukal
- Peribadikan dari Excel
- API & webhook (1 key)
- SMS terjadual
- Import kenalan (CSV/Excel)
Pro
/proUntuk bisnes berkembang & agensi
- Sender ID tanpa had
- Kenalan tanpa had
- 50 kumpulan kenalan
- Template mesej tanpa had
- SMS satu-satu & pukal
- Peribadikan dari Excel
- API & webhook (3 key)
- SMS terjadual
- Import kenalan (CSV/Excel)
Enterprise
/enterpriseUntuk penghantaran volume tinggi
- Sender ID tanpa had
- Kenalan tanpa had
- Kumpulan kenalan tanpa had
- Template mesej tanpa had
- SMS satu-satu & pukal
- Peribadikan dari Excel
- API & webhook (key tanpa had)
- SMS terjadual
- Import kenalan (CSV/Excel)
Sesuai Untuk semua industri.
Dari kedai online ke klinik. Setiap contoh di bawah patuh peraturan MCMC: tiada link dan tiada nombor telefon dalam mesej.
E-Dagang
- → Pengesahan pesanan
- → Notifikasi penghantaran dengan nombor tracking
- → Pengesahan bayaran diterima
- → Promosi musim perayaan
Restoran & F&B
- → Pengesahan tempahan meja
- → Menu istimewa hari ini
- → Perubahan waktu operasi
- → Peringatan program loyalty
Kesihatan & Klinik
- → Peringatan temujanji
- → Peringatan susulan
- → Perubahan jadual klinik
- → Jemputan saringan kesihatan
Pendidikan
- → Pengumuman
- → Peringatan yuran
- → Perubahan jadual kelas
- → Notifikasi ibu bapa
Hartanah
- → Pengesahan temujanji lawatan
- → Peringatan bayaran
- → Update projek
- → Jemputan pelancaran projek baru
Developer & SaaS
- → Kod OTP
- → Notifikasi sistem
- → Amaran akaun dan bil
- → Sehingga 1,000 SMS setiap panggilan API
Soalan lazim.
Jawapan kepada soalan yang sering ditanya.
Masih ada soalan?
Hubungi kamiIkut plan anda: dari RM 0.100 setiap SMS (Enterprise) hingga RM 0.120 (Free). Lagi tinggi plan, lagi murah setiap SMS. Mesej panjang dikira ikut bilangan bahagian.
Kredit ialah baki SMS anda. RM 1 = 1,000 kredit, jadi 10 kredit = 1 sen. Setiap SMS memotong kredit ikut kadar plan anda.
Tidak. Kredit kekal dalam akaun sehingga anda gunakan.
Tidak. Kalau SMS gagal dihantar, kredit dipulangkan secara automatik. Mesej yang disekat oleh polisi kandungan pula tidak dicaj langsung.
Sejak 2023, MCMC mengarahkan telco Malaysia menyekat SMS yang mengandungi link, nombor telefon atau maklumat peribadi seperti nombor IC dan akaun bank. SMSHandy beri amaran semasa anda menaip supaya mesej anda tak dibazirkan.
Ikut plan anda: Free (RM 5), Starter (RM 50), Pro (RM 100), Enterprise (RM 1,000).
Dari panel, pilih jumlah kredit dan cara bayaran. Bayaran online dikreditkan sebaik bayaran disahkan. Pindahan bank dikreditkan selepas resit disemak.
Boleh, dari dashboard anda. Untuk naik plan, anda bayar jumlah plan baru sekali dan ia dimasukkan ke baki anda sebagai kredit. Baki sedia ada kekal, dan turun plan adalah percuma.
Tiada kontrak. Mula dengan plan Free dan topup bila perlu.
Nama yang muncul pada telefon penerima, contohnya KEDAIKU. Maksimum 11 aksara, huruf dan nombor sahaja. Setiap Sender ID disemak dan diluluskan oleh team kami.
Boleh, pada plan yang ada SMS terjadual, dari 5 minit hingga 30 hari ke hadapan. Kredit ditempah semasa anda menjadualkan, dan dipulangkan penuh jika anda batalkan sebelum masa hantar.
Boleh. Bahasa Melayu guna abjad SMS biasa, jadi satu mesej muat 160 aksara. Emoji dan aksara Unicode lain juga disokong, dengan had 70 aksara setiap bahagian.
Buat masa ini, SMSHandy menyokong nombor Malaysia sahaja (bermula dengan 60).
Boleh, pada plan Starter dan ke atas. Kami sediakan REST API dengan dokumentasi lengkap, webhook untuk status mesej, dan log setiap panggilan API.
Sesetengah kandungan perlu disemak oleh team kami sebelum dihantar. Kredit ditempah, dan mesej dihantar sebaik sahaja ia diluluskan.
Data setiap akaun diasingkan, jadi akaun lain tak boleh melihat kenalan, mesej atau kredit anda. API secret disimpan secara hash dan hanya ditunjukkan sekali.
Mula Hantar SMS
Sekarang.
Mesej pertama anda boleh keluar dalam 5 minit. Tiada kontrak. Kredit tak luput.